Dreams are renewable. No matter what our age or condition, there are still untapped possibilities within us and new beauty waiting to be born.

-Dale Turner-

Tuesday, July 13, 2010

Adik-adikku kekuatanku...

kadang-kadang menjadi anak sulong ini banyak cabarannya... menjadi yang terbaik itu kewajipan untuk adik-adiknya... Disebabkan itulah mungkin kadangkala si anak sulong ini terpaksa menyembunyikan segala kesedihannya... sentiasa berfikir untuk adik-adiknya...

mungkin disebabkan itu juga aku sentiasa khuatir tentang keadaan adik-adikku atau insan yang aku anggap sebagai adik sendiri... cuma acapkali aku tidak tahu bagaimana mahu menzahirkan kasih sayang kepada mereka...

pertemuan aku dengan seorang pelajar junior semasa minggu orientasi membuatkan aku menghargai apa sebenarnya erti seorang abang...seorang abang yang sentiasa memberi nasihat berguna untuk adiknya, yang sentiasa khuatir tentang keselamatan dan kesihatannya...jauh di sudut hati aku menganggapnya seperti adik sendiri...tetapi itu hak dia untuk menerima aku atau sebaliknya...

sekurang-kurangnya aku dapat melepaskan rindu pada adik-adik aku kepada dia... cukuplah sekadar dia sihat dan sentiasa tersenyum...aku ikhlas...setidak-tidaknya dia dapat menghiburkan hati aku daripada memikirkan terus daripada mencari cinta... cukuplah, aku tak sanggup di caci lagi kerana menagih cinta... perit... bukan sehari tapi bertahun aku menanggung dan tidak seorang pun aku ceritakan tentang masalah cintaku...kalau adapun semuanya palsu...

untuk adik-adik kandungku...
jagalah diri baik-baik...
untuk adik angkatku...
semoga hubungan kita berpanjangan...
dan andainya suatu hari ada perselisihan antara kita dan membuatkan dikau membenciku
dengan bersungguh...dari hari ini abang mohon maaf...
dan jika kamu tidak memaafi...abang akan menyesal seumur hidup kerna gagal menjadi abang yang baik...

adik-adikku berbahagialah kalian...
kerna kalianlah kekuatan abang...

4 comments:

haswani said...

wah~~
teringin nk jadik adik ko,hafiz...

hafiz misron said...

huhu...aku x memilih saper2..tp kalu dah byk sgt tkut x terjaga plak hihi

haswani said...

haha.. tu la...klu isyad tu mcm ko kn bagos...
weyh,follow ak balik..

aqawie said...

abg!!!! u such a great brother.... uhuhuuhhu

Post a Comment