Dreams are renewable. No matter what our age or condition, there are still untapped possibilities within us and new beauty waiting to be born.

-Dale Turner-

Thursday, August 19, 2010

APA YANG SUDAH PERGI, BIARKANLAH IA PERGI

Mengingat-ingat ms lalu dan bersedih hati krnnya adalah suatu tindakan yg bodoh dan gila. Lebih drpd itu ia boleh mematikan kehendak dan membinasakan masa depan.
bg org2 yang waras, fail masa lalu itu sepatutnya dilipat dan disimpan, bukan dibuka dan dipersoalkan. Ia perlu ditutup buat selama-lamanya dan dikurung dalam penjara kelupaan, diikat dengan gari di dalam kurungan yang kuat hingga ia tidak dapat keluar. Ianya perlu diperap sedemikian rupa supaya ia tdk terkena cahaya, sbb ia adlh sesuatu yg sudah berlalu dan sudah selesai. Maka ia tdk mungkin kmbali dgn apa jua kesedihan, tdk dpt diubah dan diperbaiki dgn apa juga kedukaan, tdk dpt dihdirkan semula dgn apa juga kegelisahan dan tdk akn dapat dhdupkan semula dgn apa juga kebingungan - ia adlh sesuatu yg sudah tiada.

Jgn biarkan hidupmu dihantui masa lalu, jgn biarkan dirimu sentiasa dibayangi oleh sesuatu yg sudah berlalu. lepaskan dirimu dr pengaruh dan bayangan masa lampau. Adakah anda mahu mengembalikan sungai kpd sumber mata airnya, memulangkan matahari kpd tempet terbitnya dan mengembalikan kanak-kanak ke dalam rahim ibunya? Kembali ke pankuan masa lalu sama sahaja dgn meletakkan anda dlm kemelut dan tragedi yg sgt dahsyat dan menakutkan.

Sesungguhnya org yang kembali kpd masa lalu sama dgn org yg menggiling tepung atau orang yg menggergaji dedak kayu ttp dirinya sendiri turut tergilas sama.

Malangnya kita tdk mahu dan berusaha menangani masa kini, sebaliknya kita sibuk memikirkan masa lalu kita. Kita menyia-nyiakan istana -istana kita yg megah, sebaliknya kita sibuk pula menguruskan reruntuhan bangunan lama. Sekiranya manusia dan jin bekerjasama dan bertungkus -lumus untuk mengembalikan masa lalu, nescaya mereka tdk akan berjaya, sbb pada dasarnya ia adlh mustahil.

Sesungguhnya manusia tdk perlu menoleh atau berpaling ke belakang, sbb hembusan angin sntiasa mneghala ke depan, air mengalir pun menuju ke depan, kalifah berjalan pun ke arah depan. Justeru, jgnlah cuba menentang arus dan aturan hidup, sunnah alam :)





















Tuesday, July 13, 2010

Adik-adikku kekuatanku...

kadang-kadang menjadi anak sulong ini banyak cabarannya... menjadi yang terbaik itu kewajipan untuk adik-adiknya... Disebabkan itulah mungkin kadangkala si anak sulong ini terpaksa menyembunyikan segala kesedihannya... sentiasa berfikir untuk adik-adiknya...

mungkin disebabkan itu juga aku sentiasa khuatir tentang keadaan adik-adikku atau insan yang aku anggap sebagai adik sendiri... cuma acapkali aku tidak tahu bagaimana mahu menzahirkan kasih sayang kepada mereka...

pertemuan aku dengan seorang pelajar junior semasa minggu orientasi membuatkan aku menghargai apa sebenarnya erti seorang abang...seorang abang yang sentiasa memberi nasihat berguna untuk adiknya, yang sentiasa khuatir tentang keselamatan dan kesihatannya...jauh di sudut hati aku menganggapnya seperti adik sendiri...tetapi itu hak dia untuk menerima aku atau sebaliknya...

sekurang-kurangnya aku dapat melepaskan rindu pada adik-adik aku kepada dia... cukuplah sekadar dia sihat dan sentiasa tersenyum...aku ikhlas...setidak-tidaknya dia dapat menghiburkan hati aku daripada memikirkan terus daripada mencari cinta... cukuplah, aku tak sanggup di caci lagi kerana menagih cinta... perit... bukan sehari tapi bertahun aku menanggung dan tidak seorang pun aku ceritakan tentang masalah cintaku...kalau adapun semuanya palsu...

untuk adik-adik kandungku...
jagalah diri baik-baik...
untuk adik angkatku...
semoga hubungan kita berpanjangan...
dan andainya suatu hari ada perselisihan antara kita dan membuatkan dikau membenciku
dengan bersungguh...dari hari ini abang mohon maaf...
dan jika kamu tidak memaafi...abang akan menyesal seumur hidup kerna gagal menjadi abang yang baik...

adik-adikku berbahagialah kalian...
kerna kalianlah kekuatan abang...

Saturday, July 10, 2010

Minggu Suai Kenal...

Permulaan blog ini aku cuma nak kongsi tentang minggu suai kenal pelajar baru semester pertama sesi 2010/2011...

Memandangkan tahun terakhir, aku ambil peluang untuk turut serta sekali lagi sebagai AJKs minggu suai kenal...Bermula menghadiri kursus induksi di DPP Bank Rakyat banyak informasi baru yang dapat... bukan sia-sia kursus itu...

Sehari sebelum minggu suai kenal bermula,tugas kami sudah terasa berat...pelajar-pelajar baru yang datang awal kami sediakan tempat tinggal...alhamdulillah semuanya kami dapat laksanakan dengan baik..namun ada juga yang tidak puas hati sikit..tapi itu perkara biasa saja...

Bukan itu yang mahu aku cerita,tetapi ada sesuatu yang buat aku tersentuh...Hari kedua orientasi, bersembang dengan pelajar baru semasa sesi PDK (Perbincangan Dalam Kumpulan)...salah seorang pelajar yang aku kenali mengalami masalah kesihatan...mulanya ingat perkara biasa tetapi rupanya tidak...

Baru menjalani pembedahan kali ketiga sebulan yang lalu disebabkan masalah peparu berlubang membuatkan pergerakan dia terbatas...
sifatnya yang pendiam membuatkan kami sukar untuk mengetahui sama ada dia sakit ataupun tidak...

Sering mengalami sakit-sakit di badan dan kaki menyebabkan timbul rasa kasihan di hatiku...Mana tidaknya tidak sampai 15 minit berada di Dewan MAS badannya sudah menunjukkan simptom kesan penyakit...begitu juga apabila berjalan mudah terasa penat...dan menyebabkan dia mudah sesak nafas...

Sentiasa bersendirian, mudah penat, sesak nafas, tidak tahan dengan cuaca sejuk,duduk salah, berdiri pun salah...membuatkan aku tersentuh... Sepatutnya, semasa minggu orientasi inilah kita berkenalan sebanyak-banyaknya dengan kawan-kawan...

7 julai 2010 selepas Malam Aspresiasi Seni... Malam yang membuatkan aku menggigil ketakutan...Malam yang membuatkan naluri hati seorang abangku menangis... Bermula dengan sakit di bahagian tulang rusuk, dia menggigil kesakitan, matanya yang merah cukup menunjukkan tanda kesakitan yang dialami...di tambah dengan tidak boleh bergerak langsung membuatkan aku kaku seketika untuk bertindak...mujur ada sahabat-sahabat yang lain...kami membawanya ke PKU...sementara menunggu ambulans sampai pelajar tersebut sudah mengalami kekejangan seluruh badan...tidak putus-putus aku berdoa semoga tidak ada apa-apa yang berlaku kerana dia masih muda dan baru hendak mengenal UUM...

ambulans membawanya ke Hospital Jitra...Alhamdulillah hampir pukul 4.00 pagi pelajar tersebut dibenarkan keluar...Tidak terkata melihat dia keluar dengan senyuman membuatkan aku bersyukur pada Tuhan...Namanya Saifful...hormat orang yang lebih tua...punya personaliti pemimpin...mudah-mudahan boleh jadi pengganti aku di MISC.

Aku ceritakan hanyalah untuk berpesan pada teman-teman, anggaplah pelajar-pelajar baru ini seperti adik kita sendiri dan bagi pelajar baru hormatilah kami sebagai abang dan kakak kamu dan janganlah rungsing sebab kami ada untuk anda semua...

dan untuk Saifful, abang nasihatkan tabahkan diri untuk belajar dan berkongsilah masalah dengan kami...

ikhlas dari abang-abang dan akak-akak fasi...